Minari (2020): Filem Berbahasa Korea tentang American Dreams

PIN

APABILA menyebut tentang rumah, semua orang ada tafsiran yang berbeza-beza tentangnya. Malah apabila berbicara tentangnya, binaan rumah (baik secara maujud atau metafora),  tidak serupa sama sekali bagi setiap kerana latar belakang tumbesaran yang tidak sama dan pengalaman yang jauh berbeza. Untuk sesetengah orang rumah ialah nostalgia, bagi sesetengah yang lain rumah barangkali sekadar tempat berlindung, dan ada juga yang menganggap rumah ialah neraka.

Tetapi impian di dalam rumah, saya kira, sama bagi sesiapa sahaja. Baik anda di Malaysia, Korea mahupun Amerika Syarikat; mencapai kerukunan dan memeluk bahagia. Dan tanpa kepercayaan, kebahagiaan yang diimpikan hanyalah angan-angan, kerana keluarga; sebagai satu unit yang mendiami rumah, akan musnah tanpa rasa percaya.

Setidak-tidaknya itulah yang ingin disampaikan oleh pengarah Lee Isaac Chung, dalam naskhah semi-autobiografi beliau, Minari.

Dalam Minari, Lee sebenarnya mengajak kita merenung dan bernostalgia tentang sesuatu yang dinamakan rumah dan keluarga. Filem sederhana ini menyorot perjalanan keluarga Yi, imigran dari Korea, berpindah dari California untuk memulakan hidup baru di Arkansas, meminjam latar 1980-an.

Leave Your Comments