#CerpenSabtu ialah siri terbaharu yang saya wujudkan untuk mengulas cerpen-cerpen yang saya baca, sama ada yang diterbitkan secara eceran mahupun dalam kumpulan/antologi cerpen. Untuk siri yang pertama, saya mengulas cerpen Mama Dhani oleh Arif Zulkifli yang terbit di aplikasi Cereka. Sejujurnya, saya tidak ingat. Barangkali[…]
Past Lives (2023) membawa kita menelusuri perjalanan cinta, perkawanan dan konflik diri merentasi sela masa, dekad dan benua yang berbeza. Kita berkenalan dengan dua kanak-kanak Korea Selatan, Na-Young dan Hae-Sung, yang saling menyayangi dan menyaingi, di tengah-tengah jantung Seoul. Na-Young walau bagaimanapun harus berhijrah ke[…]
Tetapi entah di mana silapnya, gambar-gambar di Pulau Pinang ini tidaklah begitu menjadi. Mungkin kerana saya kekok menggunakan kamera filem, pemprosesannya tersalah di mana-mana atau apa-apa sahaja.
Pertunjukan Tutur Batin terasa cukup segala serba. Yura Yunita sememangnya seorang penghibur yang memukau dengan sihir tersendiri.
Anugerah Buku Pilihan Goodreads 2022 ini masuk edisi ke-9 tahun ini
Jennifer Lawrence kembali ke akar indienya dalam filem sulung arahan Lila Neugebauer, Causeway. Filem ini melukiskan sungkawa, trauma dan persahabatan yang mengharukan; beransur-ansur berkembang menjadi pukulan perasaan yang menghentak nubari penonton. Neugebauer memanipulasi naratif ini dalam durasi 90 minit yang padat, tetapi digarap perlahan. Lynsey[…]
“Membunuh sama seperti merokok. Ia hanya sukar untuk pertama kali.” Decision to Leave (2022) ialah sebuah tragedi yang indah. Kelarai romansa dijalin kemas dengan subgenre penyiasatan; menghasilkan sebuah paradoks yang bukan sahaja menjadi, malahan mencetus katarsis. Ia tidak terlalu mencuba mencucuh cemas, tidak pula juga[…]
View this post on Instagram A post shared by Shamsul Amin (@shamsul.amin) MEMBACA berita-berita tentang bunuh diri dan depresi lewat kebelakangan ini terasa menyebalkan dan menyesakkan dada, apatah lagi kepada seseorang yang pernah melaluinya seperti saya. Berita-berita sebegini selalunya saya elak untuk tatap[…]
APABILA menyebut tentang rumah, semua orang ada tafsiran yang berbeza-beza tentangnya. Malah apabila berbicara tentangnya, binaan rumah (baik secara maujud atau metafora), tidak serupa sama sekali bagi setiap kerana latar belakang tumbesaran yang tidak sama dan pengalaman yang jauh berbeza. Untuk sesetengah orang rumah ialah[…]
MASA depan umpama terowong kelam yang bercahaya di hujungnya, sama ada cahaya itu daripada matahari yang menerangi atau marak api yang membakar diri, itu sesuatu yang kekal misteri sehingga kita tiba di penghujungnya nanti. Setidak-tidaknya itulah yang dapat saya simpulkan ketika mengimbas kembali perjalanan dua[…]