KALI terakhir saya mengalirkan air mata menonton filem tempatan adalah ketika menonton filem Abang Adik (2023) pada hujung tahun lalu. Nampaknya, Rain Town (2024) yang saya tonton minggu ini juga menerobos ruang jiwa saya dengan acuan yang sama. Filem ini juga menghidangkan cerita yang sederhana[…]
#SamTonton
Saya tidak teragak-agak untuk mengatakan Budi Pekerti sebagai antara filem terbaik Indonesia yang pernah saya tonton bagi 2023.
Past Lives (2023) membawa kita menelusuri perjalanan cinta, perkawanan dan konflik diri merentasi sela masa, dekad dan benua yang berbeza. Kita berkenalan dengan dua kanak-kanak Korea Selatan, Na-Young dan Hae-Sung, yang saling menyayangi dan menyaingi, di tengah-tengah jantung Seoul. Na-Young walau bagaimanapun harus berhijrah ke[…]
Jennifer Lawrence kembali ke akar indienya dalam filem sulung arahan Lila Neugebauer, Causeway. Filem ini melukiskan sungkawa, trauma dan persahabatan yang mengharukan; beransur-ansur berkembang menjadi pukulan perasaan yang menghentak nubari penonton. Neugebauer memanipulasi naratif ini dalam durasi 90 minit yang padat, tetapi digarap perlahan. Lynsey[…]
“Membunuh sama seperti merokok. Ia hanya sukar untuk pertama kali.” Decision to Leave (2022) ialah sebuah tragedi yang indah. Kelarai romansa dijalin kemas dengan subgenre penyiasatan; menghasilkan sebuah paradoks yang bukan sahaja menjadi, malahan mencetus katarsis. Ia tidak terlalu mencuba mencucuh cemas, tidak pula juga[…]
APABILA menyebut tentang rumah, semua orang ada tafsiran yang berbeza-beza tentangnya. Malah apabila berbicara tentangnya, binaan rumah (baik secara maujud atau metafora), tidak serupa sama sekali bagi setiap kerana latar belakang tumbesaran yang tidak sama dan pengalaman yang jauh berbeza. Untuk sesetengah orang rumah ialah[…]
MENONTON 1917 (2019), arahan Sam Mendes (yang menukangi kita dua filem terakhir James Bond, Skyfall [2012] dan Spectre [2015]) di layar lebar menuntut tenaga yang tidak kurang hebat. 1917 yang mengambil latar Perang Dunia Pertama, secara peribadi kepada saya ialah perjalanan wayang yang melelahkan, dimungkinkan oleh teknik syot tunggal[…]
SAYA ‘terlewat kereta api’ menonton filem epik arahan dan lakon layar oleh Christopher Nolan, Dunkirk (2017) yang sebelumnya menghidangkan kita dengan realisme-magis Inception (2010) dan sains fiksyen Intersetllar (2014). Entah di mana saya pada penghujung 2017. Tetapi saya bernasib baik laman penstriman Netflix mengedarkannya kini,[…]
MARLINA Si Pembunuh dalam Empat Babak (atau judul antarabangsanya, Marlina the Murderer in Four Acts) ialah sebuah filem Indonesia yang sudah lama aku nantikan tayangannya di Malaysia sejak menonton trailer-nya di Youtube beberapa bulan terdahulu. Gambarnya menjanjikan dan sebagai peminat warna dalam gambar, Marlina Si[…]
ADA dua magnet yang menarik kuat ke bangku pawagam menonton mother! (ya, anda tidak salah membacanya; ‘m’ dengan huruf kecil dan tanda seru — kerana begitulah ‘semangat’ yang ingin disalurkan filem ini). Dua magnet tersebut ialah Jennifer Lawrence dan Javier Bardem, kedua-duanya pemilik Oscar. I mean, siapa[…]