View this post on Instagram
MEMBACA berita-berita tentang bunuh diri dan depresi lewat kebelakangan ini terasa menyebalkan dan menyesakkan dada, apatah lagi kepada seseorang yang pernah melaluinya seperti saya.
Berita-berita sebegini selalunya saya elak untuk tatap dan baca, kerana tak mahu ‘tigger’ lama menjentik semula.
Tetapi dengan keadaan wabah yang tak nampak kunjung jalan, hidup berkurung dan ditekan keadaan ekonomi yang terasa mencekik kehidupan, kita tak dapat nafikan COVID-19 merenggut banyak nyawa.
Dan saya tak mahu rakan-rakan saya menyumbang kepada pertambahan angka. 🥺
Saya senang melihat masyarakat semakin baik kesederannya tentang kesihatan mental, tetapi kesederan ini harus juga seganding dengan pemahaman tentangnya, yang kalau pun bukan banyak, sedikit sahaja sudah boleh menuntun kita memahami dan menyatakan empati.
Tak banyak yang boleh saya buat, selain berkongsi dengan cara begini. Nah, ini sebenarnya temu bual bersama @jatuhbangunmy tahun lalu. Semoga ada manfaat daripada perkongsian peribadi ini. Ini sahaja yang terdaya. Sekadar berkongsi pengalaman peribadi.
Juga, saya sentiasa ada menadah telinga jika ada teman-teman di sini, sesiapa sahaja— rapat atau kenalan seusai sapa — yang ingin berkongsi apa-apa sahaja. Boleh bercerita, mengadu, dan jika memerlukan daya dan tenaga, saya cuba menunaikannya.
Ingatlah, bahawa kita tidak pernah (dan tidak wajar) berseorangan dalam apa jua kepayahan.
Dan kata Tuhan, dalam setiap kepayahan, pasti ada kesenangan.
Susah, tetapi kita cuba ya?
Sumber foto: Kristin Rawcliffe